Tunetalk Membolehkan Pengguna Berkongsi Data Internet ~ Terdedahkan />

Tunetalk Membolehkan Pengguna Berkongsi Data Internet

Mengikut pemasaran telco di malaysia kebanyakan pakej data internet semuanya sudah melebihi dari 1GB, termasuklah Tunetalk dimana ia kini telah menawarkan pelan data sebanyak 4GB untuk 30hari dengan harga RM28.


Kini setelah aku periksa semula di laman sesawang tunetalk ternyata pihaknya telah membuat satu ciri terbaru dimana jika pelangan mempunyai data lebih boleh sahaja kongsikan data tersebut bersama pengguna lain yang turut didalam talian sama.

Harus ingat Tunetalk adalah syarikat induk dan dibawahnya mempunyai syarikat yang menjalankan aktiviti program iaitu TONE Group.

Manakala pelangan yang dibawah program Tone Group harga data internet juga pemasaran adalah sangat berbeza dan kelihatan agak mahal dari yang biasa.

Mungkin sebab ia mempunyai program maka bagi data internet pengguna dibawah Tone group adalah berharga RM 28 untuk 1.5GB, manakala 3GB - RM 50. Berbeza dengan pelan Tunetalk seperti yang aku katakan tadi 4GB - RM28 dan 8GB - RM 48.

Kes diatas ramai pelangan yang tersalah memahami apakah Tunetalk dan Tone group adalah pelan yang sama, ada pula yang memanggil Tunetalk sebagai "ToneTalk" bunyi pun sudah lain lagi pula pelan yang ditawarkan kepada pelangan.

Baik, bagi pengguna Tunetalk anda boleh lihat cara data transfer Disini. Manakala kepada pengguna Tonegroup anda boleh lihat caranya Disini.

Disini aku ingin tegaskan kepada pengguna, sebelum membuat apa-apa pastikan anda telah membaca syarat dan fee yang dikenakan supaya anda tidak menghadapi apa-apa kesulitan dimasa akan datang.

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Tunetalk Membolehkan Pengguna Berkongsi Data Internet"

Post a Comment