Lelaki Tak Sensitif Cari Pasal Pakai Kostum 'Pengebom Berani Mati' di Parti Halloween ~ Terdedahkan />

Lelaki Tak Sensitif Cari Pasal Pakai Kostum 'Pengebom Berani Mati' di Parti Halloween

Gara-gara memakai kostum gaya pengebom bunuh diri atau anggota militan Daish untuk menghadiri majlis sambutan Halloween, seorang lelaki dikesan pihak polis berikutan mencetuskan gempar kepada penduduk setempat.

Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pengadu yang tinggal di sebuah kondominium di Damansara Perdana, susulan kejadian yang berlaku pada 28 Oktober lalu, jam 7.40 malam itu.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lelaki berkenaan dilihat menaiki lif di sebuah kondominium untuk menghadiri parti Halloween.

Menurutnya, tindakan lelaki berkenaan menimbulkan kegusaran penduduk setempat kerana berpakaian sensitif terhadap pandangan umum.

"Polis menerima laporan daripada penduduk di kawasan berkenaan, semalam.

"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan berkemungkinan dari negara Arab atau India berdasarkan perwatakan dan gambar yang diberikan penduduk dan suspek kini giat dikesan," katanya.

Mohd Zani berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Lelaki Tak Sensitif Cari Pasal Pakai Kostum 'Pengebom Berani Mati' di Parti Halloween"

Post a Comment