Fakta Menarik Kejayaan Kedai Mr. D.I.Y Perlu Anda Tahu ~ Terdedahkan />

Fakta Menarik Kejayaan Kedai Mr. D.I.Y Perlu Anda Tahu

“Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.”

Hari ini aku ingin mencari lampu meja LED putih, lokasi pertama yang terlintas difikiran adalah outlet MR. D.I.Y. Jadi dalam banyak lokasi kenapa nama dia yang pertama? itulah di panggil kuasa trademark, setiap perniagaan baik kecilan atau besar wajib ada trademark kerana dengan nama inilah pelangan akan sentiasa mengingati perniagaan kita mahupun produk.


Seperti mana kita anggap semua jenama ubat gigi adalah colgate seperti itulah permainan dalam pasaran perniagaan, mereka bukan sahaja cuba menguasai harga malah mereka turut cuba menguasai minda pelangan menggunakan trademark.

Mana taknya ubat gigi safi, ubat gigi biru ke merah tetap akan dipanggil jenama satu tu. Seperti juga mee segera, kena orang yang dah biasa haa semua jenama mee segera laa dia panggil maggi.

Begitulah permainan pemasaran profesional yang patut kita ketahui, jangan jadi macam sesetengah bangsa kita yang masih berniaga di tokok lama. Tidak pernah memikirkan untuk trademark kan perniagaan mereka supaya netizen kenali.

6 FAKTA MENGENAI MR. D.I.Y. YANG PERLU KITA KETAHUI


1. Cawangan yang pertama MR.D.I.Y. dibuka di jalan Tunku Abdul Rahman pada bulan julai 2005. Ini bermakna MR. D.I.Y sudah berusia 10 tahun.

2. Slogan mereka adalah “Always Low Price” yang mana bertepatan dengan apa kami lakukan dan sentiasa mengekalkan harga rendah kepada pelanggan kami.


3. Purata keluasan kedai mereka pada ketika ini adalah 10,000 kaki persegi yang mana ianya memberi satu pengalaman membeli-belah yang selesa dan baik untuk pelangan.

4. Katanya mereka sangat suka bahan binaan berasaskan kayu dan batu bata kerana mereka adalah MR. “Do It Yourself”, anda juga boleh melihatnya di seluruh reka bentuk kedai. Pada masa sekarang ianya merupakan identity korporat mereka.

5. Adakah anda tahu bahawa MR DIY menawarkan lebih daripada 30,000 jenis produk yang mana terdiri daripada barangan perkakasan rumah, alatan berkebun, barangan elektrik, alatan tulis, barangan sukan, aksesori kereta, barangan permainan dan juga barangan kosmetik dan lain-lain.

6. D.I.Y. sekarang boleh dikunjungi hampir setiap negeri seluruh Malaysia termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Sabah dan hampir setiap. Apabila anda mencari sesuatu atau apa sahaja, D.I.Y lah tempat anda harus tuju dahulu.

Jadi selepas ini walaupun anda meniaga satay ke nasi lemak ke jangan lupa buat trademark untuk pelangan mengenali perniagaan anda dan semoga sukses.

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Fakta Menarik Kejayaan Kedai Mr. D.I.Y Perlu Anda Tahu"

Post a Comment