Ingin beli sesuatu produk haruslah ukur kemampuan poket sendiri, jangan dengar A terus beli walaupun diluar kemampuan.
Tak kan inginkan air yang bersih sanggup berhutang pula, amalan berhutang kan tidak bagus bagi umat muslim pula tu dikenakan bunga kepada pelangan.

Cerita tentang berhutang, begitulah realiti kehidupan pada masa kini yang bukan sahaja gemar berhutang untuk membeli rumah dan kereta malah telefon pintar pun ada yang sanggup berhutang.
Yang terbaru penapis air apa ntah nama tu, pun lakukan pelan bayar ansuran kepada pelangan katanya "tidak salah jika melabur untuk air yang bersih". Haah memang tidak salah tapi yang salah adalah konsep berhutang yang ditawarkan.
Dari berhutang lebih baik didik diri untuk menyimpan dan sementara itu gunakan sahaja penapis air yang mengikut kemampuan poket terdahulu.
Tapi jangan pula mentang-mentang pasang penapis air kau terus minum macam tu sahaja tanpa masak dahulu, cara penggunaan seperti itu akan memudaratkan kesihatan kerana kita tidak tahu akan kebersihan dalam paip itu dan kandungan kimia dalam air.
Ada juga produk menawarkan penapis air yang kononnya boleh diminum begitu sahaja tanpa perlu dimasak dahulu, cara sedemikian aku tidaklah pasti kerana memasak air dahulu sebelum minum telah pun diamalkan sejak dari nenek moyang kita lagi melainkan air tersebut datang dari celahan bukit.
Oleh itu penapis air pada hari ini sudah di naik taraf untuk kemudahan panas dan sejuk, harganya janganlah kau bermimpi disiang hari mungkin hanya golongan elite dan golongan suka berhutang sahaja yang mampu memiliki produk sedemikian.
Manakala jika kita seorang yang kais pagi makan pagi, mana mungkin termampu untuk miliki walaupun diberi peluang untuk berhutang.
Oleh kerana jack ma sudah masuk malaysia untuk berniaga, maka jika kita lihat di laman sesawang membeli-belah seperti lazada atau shopee. Disana kita boleh melihat pelbagai tawaran produk penapis air dari yang mahal hinggalah yang murah.
Tentang kualiti pula bergantung pada sesuatu produk, seperti baru-baru ini ada jualan sale penapis air purifier ceramic harga sebenar lingkungan RM50 lebih tetapi nak dijadikan rezeki untuk mencuba harganya jadi lebih murah iaitu hanya RM14 sahaja.
Nampak tak berapa jauh beza harga barang tersebut? tapi setelah aku terima kelihatan kotaknya tidaklah secantik mana dalam kepala sudah terfikir adakah ini sebahagian barang reject?.

Tolak ketepi semua perasaan itu, setelah aku cuba pasang di paip singki jenis kepala zirafah ternyata ia berfungi tanpa sebarang kebocoran cuma air menjadi perlahan sedikit.
Tapi tidak apa, sekurangnya master chef aku nanti boleh guna buat cuci sayur , cuci beras dan pelbagai lagi. Nampaklah juga usaha untuk menapis air yang datang dari saluran paip kotor dan berkarat.
0 Response to "Penapis Air Purifier Ceramic Boleh Dimiliki Oleh Semua Golongan"
Post a Comment