Penstriman TV Percuma Dari Indonesia ~ Terdedahkan />

Penstriman TV Percuma Dari Indonesia

Dengan zaman penstriman tanpa batasan ini, kita mampu saja menonton siaran tv dari pelbagai negara.

Yang penting kita faham atau tidak sahaja apa yang mereka kata dan oleh kerana siaran tv di Malaysia ini hanya ada beberapa siaran percuma itu pun masih dilanda bintik-bintik.


Melainkan kita mengeluarkan sedikit sebanyak modal untuk membeli antena yang baik atau pun memasang dekoder prabayar seperti astro atau njoi, untuk menikmati siaran jelas.

Kalau tak memang kita akan rasa masih di zaman batu iaitu sentiasa kena memperbetulkan antena supaya gambar kelihatan jelas dan terang, manakala kerajaan barisan nasional juga telah mengumumkan bahawa rakyat akan menerima dekoder percuma yang mudah dipasang.

Tetapi sehingga sekarang masih belum diagihkan dengan sempurna, malahan aku dengar siap ada yang kena cari dekoder tersebut di kedai-kedai elektronik yang terpilih kerana dekoder tersebut wajib disambungkan ke antena yang terpasang diatas bumbung rumah.

Jika mampu pasang antena tu sendiri kita mungkin akan merasakan penjimatan, jika tidak sudah pasti kita kena keluarkan modal untuk upah pasang antena tersebut.

Nampak tak zaman sekarang ini tiada benda yang percuma walaupun terang-terang tertulis 'siaran digital myfreeview percuma sepanjang hayat'.

Seperti yang aku tahu dekoder Njoi juga memerlukan kos pemasangan mencecah ratusan ringgit walaupun ia kata mempunyai siaran tv percuma dan siaran radio percuma sepanjang hayat dan pembayaran pula hanya sekali sahaja bagi setiap pemasangan yang dilakukan.

Tapi jangan kita lupa jikalau dekoder Njoi itu rosak atau tidak boleh dihidupkan, haaa ketika itu tiada lagi jalan keluar bagi kita melainkan jika mempunyai kemahiran membaiki sendiri atau pun terpaksa mendaftar yang baharu sekaligus akan dikenakan bayaran pemasangan semula.

Seperti yang aku amalkan, setelah puas menonton rancangan TV di dekoder Njoi terus saja aku tutup suis dan cabut plug supaya terhindar dari arus elektrik yang mampu merosakkan komponen didalam (*sekadar mengikut teori aku).

Berkaitan penstriman tv percuma yang dikatakan boleh mendapati rancangan dari pelbagai negara pula, hanyalah mudah didapati bagi orang yang rajin membuat pencarian untuk mendapatkan sedikit sebanyak sumber penstriman dari komuniti dalam negara mahupun komuniti luar negara.

Banyak saja sumbernya, akan tetapi tidaklah kesemuanya mampu bertahan lama kerana mereka juga manusia biasa yang memerlukan sedikit sebanyak kos dari poket sendiri untuk melakukan kerja penstriman.

Jadi di artikel ini anda boleh saja mencuba menonton siaran TV percuma dari indonesia secara atas talian melalui web browser selagi pengasas mereka masih ingin berkongsi.

Kelajuan internet juga memainkan peranan untuk kerja penstriman supaya tidak menghadapi sebarang masalah buffering ketika menonton.

Aku memilih penstriman tv yang terdekat dan masih boleh difahami seperti dari indo , singapura , brunei adalah kerana percakapan mereka masih lagi boleh difahami sedikit jika nak dibandingkan dari negara seperti rusia, thailand dan lain-lain.

Sign up here with your email address to receive updates from this blog in your inbox.

0 Response to "Penstriman TV Percuma Dari Indonesia"

Post a Comment